in

Pengarah Final Fantasy XV, Hajime Tabata Dedahkan Mengapa Tinggalkan Square Enix, Punca DLC Dibatalkan

Bulan lalu, kita dikejutkan dengan berita bahawa pengarah Final Fantasy XV, Hajime Tabata telah meninggalkan Square Enix, dan seterusnya membawa kepada pembatalan 3 daripada 4 DLC untuk Final Fantasy XV.

Terbaru, dalam satu wawancara bersama Nico (via GearNuke), beliau telah mendedahkan apakah yang menyebabkan beliau mengambil keputusan besar tersebut.

Apabila Tabata memutuskan untuk meninggalkan studio itu, terdapat perbincangan tentang siapakah yang akan mengambil alih tugas untuk projek dan pembangunan FFXV. Pada akhirnya, mereka terpaksa membuat keputusan untuk membatalkan DLC-DLC FFXV tersebut.

Tabata menegaskan yang beliau secara peribadinya amat kecewa yang DLC itu terpaksa dibatalkan dan beliau memohon maaf kepada para peminat yang menantikannya.

Kemudian, Tabata mendedahkan yang keputusannya untuk meninggalkan Square Enix adalah disebabkan dirinya yang sudah tidak lagi merasa bermotivasi dengan apa yang beliau sedang lakukan, maka beliau tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan atau membantutkan pasukan pembangunan.

Tabata sekali lagi memohon maaf kerana tidak dapat menunaikan janji untuk membawakan DLC FFXV tetapi meyakinkan yang keputusannya untuk meninggalkan Square Enix tiada kena mengena dengan FFXV atau DLC-nya. Beliau turut mengesahkan yang hubungannya dengan Square Enix berakhir dalam keadaan yang baik.

Tabata kini telahpun membuka studio pembangunan game beliau sendiri, yang dikenali sebagai JP Games, Inc. Katanya, pengambilan pekerja untuk studionya berjalan lancar dan mereka sudahpun mengambil beberapa staff.

Dalam fikirannya sudah ada idea untuk beberapa game namun beliau tidak boleh mendedahkannya buat masa sekarang. Beliau mahu mencipta game yang boleh dimainkan di multi-platform untuk PC, konsol dan juga telefon pintar.

Selain itu, Tabata turut menyebutkan tentang kepayahan dalam pembangunan game AAA seperti apa yang beliau telah tempuhi bersama FFXV. Beliau menyebutkan tentang membuka studio satelit di rantau-rantau seperti Vietnam dan Malaysia disebabkan kekurangan pekerja semasa musim-musim sibuk. Tabata menjelaskan bagaimana payahnya untuk membangunkan studio ini kerana kerisauan terhadap pelaburan dan keselamatan untuk high-end PC bagi kegunaan pembangunan.

Beliau kemudiannya menukar proses itu kepada yang berasaskan cloud iaitu dengan streamline pembangunan tersebut. Tabata mahu mengembangkan pembikinan game melalui cara ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Street Fighter V: Arcade Edition Season 4 – Karakter Baru Macam Evil Ryu, Tapi Bukan Evil Ryu!

Soulja Boy Ingin Tubuhkan Pasukan Esports Fortnite, CoD, CS:GO dan Overwatch!