in , , ,

Pengarah Final Fantasy XV Berminat Untuk Hasilkan FFXV Versi PC!

Pengarah Final Fantasy XV, Hajime Tabata telah ditemuramah oleh Weekly Famitsu, dan berikut adalah beberapa soalan menarik dari temuramah tersebut!

WF: Apakah ratio jualan bagi FFXV versi fizikal dan digital?

HT: Terdapat banyak jualan bagi versi digital. Kami menyaksikan jumlah yang bagus bukan sahaja di Jepun, malahan di Amerika Utara dan Eropah.

WF: Apa sedang berlaku dengan kandungan virtual reality FFXV?

HT: Pembikinan sedang berjalan, tetapi kami belum membangunkan ia ke tahap yang membolehkan kami untuk mengumumkan tarikh penerbitan.

WF: Adakah sebarang update ataupun DLC selain daripada yang telah diumumkan?

HT: Walaupun tiada sebarang perancangan, saya mempunyai satu impian – untuk menjadikan pengembaraan dunia FFXV menggunakan kereta. Bagaimanapun apabila menyedari keadaan terkini game tersebut dan cabaran beberapa masalah dan proses debugging yang besar, impian ini seperti tidak praktikal.

https://www.youtube.com/watch?v=Dms58hFsz74

WF: Terdapat beberapa video yang memaparkan capaian ke kawasan yang tidak boleh tercapai di dalam game sekarang. Adakah banyak lagi kawasan akan ditambah?

HT: Video-video tersebut dibuat menggunakan glitch. Terdapat sebuah map yang besar digunakan sebagai laluan keretapi di separuh akhir game tersebut. Oleh kerana kawasan tersebut tidak siap sepenuhnya, membukanya sebagai kawasan untuk pengembaraan agak sukar.

Kami mungkin akan memperbaharui kawasan game di expansion masa hadapan, tetapi ianya tiada di dalam perancangan. Jika kami ingin memperbaharui map, kami akan lakukannya di Insomnia, tetapi ianya akan mengambil jangkamasa kerja setahun.

WF: Berkenaan penerbitan game ini di platform lain?

HT: Saya teringin nak menerbitkan FFXV di PC sebagai satu usaha teknikal. Saya mahu menunjukkan FFXV di komputer berkuasa tinggi kepada pengguna PC, dan kami juga ingin melihatnya terjadi. Saya ingin cuba membangunkannya di PC dan bermain dengan ciri-ciri eksklusif di PC seperti kebolehan membuat quest anda sendiri dan menikmati dunia FFXV dengan mod.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

AMD Mengesahkan CPU Ryzen Dan Vega Akan Tiba Awal Tahun Ini

Dapatkan Megaman 2.5D Percuma Sementara Masih Ada!