Percayalah, drama pertukaran pengarah filem ini mungkin takkan habis.
Untuk yang ke entah berapa kali agaknya, pengarah untuk filem Uncharted yang diterbitkan oleh Sony kini bertukar lagi.
Menurut laporan Deadline, Travis Knight, pengarah yang diumumkan pada September 2019 lalu, tidak lagi akan meneruskan tugas arahannya itu. Faktor yang dikhabarkan ialah beliau mempunyai konflik jadual yang bertembung dengan Tom Holland, yang mana pelakon muda itu akan sibuk dengan penggambaran filem Spider-Man seterusnya pada musim panas tahun hadapan.
Sebelum ini, Sony menjadualkan bahawa filem aksi adaptasi dari video game itu akan menemui pawagam pada Disember 2020. Sekiranya laporan ini sahih, maka kita terpaksa menunggu pengarah yang baru lagi, dan kemungkinan tarikh tayangan yang dianjak ke belakang lagi.
Lima lagi pengarah yang telah mengundurkan diri sebelum ini daripada projek filem Uncharted ini ialah David O. Russell, Neil Burger, Seth Gordon, Shawn Levy, dan Dan Trachtenberg.
Comments
Loading…