in , ,

Pengarah Filem Ghost of Tsushima Mahu Sepenuhnya Pelakon, Bahasa Jepun

Pengarah filem Ghost of Tsushima, Chad Stahleski telah mendedahkan yang beliau merancang untuk menggunakan sepenuhnya pelakon Jepun dan bahasa Jepun dalam filem tersebut.

Lebih menarik, Sony, iaitu penerbit filem ini, dikatakan turut menyokong hasrat itu, ujar Stahleski.

Pembikinan game Ghost of Tsushima banyak diinspirasikan daripada karya-karya pengarah Jepun tersohor, Akira Kurosawa. Walaupun dibangunkan Sucker Punch, iaitu studio yang berpangkalan di Amerika Syarikat, ia mendapat pujian daripada pengkritik dan peminat Jepun.

Dalam satu temubual bersama Collider, Stahleski mendedahkan yang Kurosawa merupakan antara lima pengkarya yang paling banyak mempengaruhi beliau dalam pembikinan filem.

“Dan sejujurnya, kita akan cuba melakukannya, semuanya dalam karakter,” kata Stahleski. “Maksudnya, ia adalah sesuatu berkaitan Jepun di mana Mongol cuba menjajah Pulau Tsushima. Sepenuhnya pelakon Jepun, dalam Bahasa Jepun. Sony sangat menyokong kita untuk melakukannya.”

Projek adaptasi ini pertama kali diumumkan pada Mac 2021. Filem ini akan diarahkan oleh Chad Stahelski, pengarah yang terkenal membawakan kita siri filem John Wick. Pada Disesmber 2021, Stahelski berkata pembikinan filem ini mengambil masa yang lama kerana ingin ‘membuatnya dengan betul’.

Takashi Doscher ditugaskan sebagai penulis lakon layar untuk filem ini. Antara karya tulisan Doscher sebelum ini adalah filem romantik sains fiksyen berjudul Only, filem thriller berjudul Still, dan dokumentari terbitan ESPN berjudul A Fighting Chance.

Diterbitkan oleh Sony Pictures dan PlayStation Productions, filem adaptasi Ghost of Tsushima ini masih lagi dalam fasa pembangunan awal.

Ghost of Tsushima merupakan sebuah game-open action-adventure yang mengisahkan tentang seorang Samurai, bernama Jin Sakai, yang merupakan salah seorang daripada sebilangan kecil Samurai yang terselamat daripada serangan pertama Mongol ke atas Pulau Tsushima.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

GigaBash: Boleh Beli or Boleh Blah!?

EA Umum Kerjasama Dengan Marvel Dalam FIFA 23, Tukarkan FUT Heroes Kepada Adiwira