Ketika Assassin’s Creed Valhalla pertama kali diumumkan, ramai yang membandingkan game keluaran Ubisoft ini dengan soft-reboot God of War yang dilancarkan pada 2018 yang turut menggunakan latar belakang Vikings.
Ketika bercakap kepada Gamespot, pengarah naratif Assassin’s Creed Valhalla, Darby McDevitt telah menjelaskan apakah perbezaan antara dua game ini. Ini jawapan beliau:
“God of War itu hebat – yeah, saya dah mainkannya. Ia fantastik. Saya tak mahu kata kami terlalu risau kerana kebanyakan game, apabila mereka menyentuh topik ini [Vikings], mereka sebenarnya memencong sangat berat ke arah mitologi itu. Jadi itu adalah penampilan hadapannya — kamu main God of War supaya kamu dapat tumbuk Baldur di mukanya, bertemu dengan semua karakter ini, dan mengembara ke persekitaran fantasi.”
“Sangat sedikit game yang mengangkat pengalaman Norse Vikings dari aspek sejarahnya. Saya fikir ransangannya ialah sentiasa dipimpin dengan hal-hal mitologi itu, tapi kami sebenarnya mahu kamu rasa seperti sedang hidup dalam Zaman Gelap di England, yang kamu sedang menjelajahi sisa kejatuhan Rom yang berusia 400 hingga 500 tahun dan saki-baki puak Britain sebelum itu dan malah pagan Saxon sebelum mereka semua memeluk agama Kristian.”
Penjelasan oleh McDevitt ini semestinya telah menenangkan kembali para peminat Assassin’s Creed yang gusar francais ini akan ke arah yang lebih berfantasi. Tidak, Assassin’s Creed masih lagi akan memfokuskan kepada peristiwa sejarah dan kisah-kisah dunia sebenar yang pernah berlaku — bukannya kisah mitos fantasi seperti yang ada dalam God of War.
JomBaca: 12 Perkara Tentang Assassin’s Creed Valhalla – Trailer, Jalan Cerita, Elemen RPG, Screenshots
Assassin’s Creed Valhalla akan dilancarkan pada penghujung tahun ini untuk PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X.
Comments
Loading…