EA memberikan sokongan yang baik kepada pembangun indie.
Selepas kejayaan A Way Out, Hazelight Studios pada masa ini sedang fokus membangunkan game mereka akan datang. Sebelum ini, ramai yang tertanya-tanya, adakah pembangun indie itu akan bekerjasama dengan EA sekali lagi ataupun tidak.
Terbaru, bercakap kepada Eurogamer, pengarahnya yang penuh kontroversi, Josef Fares telah mengesahkan yang projek mereka seterusnya itu akan turut diterbitkan oleh EA. Kata Fares:
“Ya, kami bersama EA. Ia tiada masalah. Ia sokongan yang sangat baik. Saya tak peduli dengan penerbit mana saya bekerja kerana ia tetap sama. Ini bagaimana saya bekerja: saya hormat aspek ekonomi mereka tapi tiada siapa boleh rosakkan visinya – ia sangat, sangat penting. Dan di EA mereka mengetahuinya, dan mereka sangat, sangat menyokong kami.”
Beliau turut mendedahkan yang projek mereka itu masih lagi dalam pra-produksi, dan dalam masa empat minggu lagi, mereka akan memasuki fasa produksi penuh. Walaupun memasuki fasa produksi penuh nanti, kata Fares, mereka memerlukan dua atau tiga tahun lagi sebelum mereka mendedahkan apa-apa mengenai game mereka ini.
Fares semestinya tidak mendedahkan lagi secara terperinci apakah game yang mereka sedang bangunkan, namun menyatakan yang ia akan lebih besar dan lebih panjang daripada A Way Out disebabkan ia memenuhi visi beliau terhadap game ini.
Pada Mac lalu, Hazelight Studios telah melancarkan A Way Out, sebuah game co-op yang mendapat sambutan yang sangat baik daripada peminat dan juga memperoleh review yang cukup baik daripada pengkritik.
Dalam review Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan yang sebagai game yang hanya berharga RM99, ia adalah sebuah game yang sangat berbaloi untuk dimainkan. Sekiranya korang mahukan sebuah game yang fokus kepada jalan cerita yang mantap serta gameplay yang agak ringan, menikmatinya bersama pemain kedua korang – ini adalah sebuah game yang BOLEH BELI untuk korang.
JomBaca: A Way Out Terjual 1 Juta Unit, Lebih Banyak Daripada Jumlah Yang EA Ramalkan
Comments
Loading…