Terima kasih Marcus Holloway dan rakan-rakan sepasukan DedSec.
Para penggodam telah berjaya memasuki sistem pengangkutan awam di San Francisco (ya, di dunia sebenar), dan memberikan tambang percuma kepada ribuan para penumpang. Sistem rangkaian tersebut tidak dimatikan, bermakna ia berjalan seperti biasa, namun ia tidak mengenakan sebarang tambang kepada penumpang, seperti yang dilaporkan The Guardian.
Apabila mendengarkan berita ini, sebagai seorang gamer, pastinya kita terfikir tentang Watch Dogs 2. Sebuah game yang memfokuskan aktiviti menggodam apa sahaja barangan yang berasaskan komputer, berlatarbelakangkan bandar San Francisco.
Dalam video game keluaran terbaru Ubisoft ini, pemain mampu untuk menggodam sistem pengangkutan awam, seterusnya mengawal trafik – sama seperti yang terjadi di dalam dunia sebenar San Francisco kini.
Sistem pengangkutan awam tersebut telah digodam dan memberi kesan kepada 2100 komputer dengan kehadiran malware, serta mereka menuntut 100 bitcoin (~RM326,582) sebagai tebusan. Agensi pengangkutan di San Francisco itu terpaksa membuka pagar-pagar dan membenarkan penumpang menggunakan pengangkutan mereka tanpa perlu membayar sebarang tambang kerana tidak mahu menjejaskan antiviti harian mereka.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi tersebut:
“Tiada sebarang impak kepada servis transit, tetapi kami telah membuka pagar-pagar tambang sebagai langkah berjaga-jaga untuk meminimakan kesan kepada pengguna. Disebabkan perkara ini masih dalam siasatan, ia mungkin tidak baik untuk mendedahkan sebarang maklumat tambahan pada peringkat ini.”
Berita ini semestinya telah menarik perhatian para gamers untuk memberikan komen tentang perkara ini:
Ahem, @watchdogsgame was this you?!
Half kidding.#WatchDogs2 https://t.co/M7hdWBSfkn— Joe Fitzgerald Rodriguez (@FitzTheReporter) November 27, 2016
https://twitter.com/LiteralZero/status/802692359704055808
This watch dogs 2 arg is getting out of hand https://t.co/V4TNyfQma0
— Nelson Pecora (@NelsonPecora) November 27, 2016
Buat masa ini, kami cuba untuk mendapatkan komen daripada Marcus Holloway dan DedSec. Eh?
Comments
Loading…