in

Penganalisis Ramalkan CoD Black Ops 4, Anthem, Red Dead Redemption 2 Dan Banyak Lagi Akan Mendapat Mode Battle Royale

PlayerUnknown’s Battlegrounds telah menyerang industri video games pada awal tahun 2017 dengan game bergenrekan battle royale. Manakala Fortnite mengambil genre ini ke tahap baharu sehinggakan genre battle royale akan menjadi trend dalam setiap video game.

Penganalisis penyelidikan kanan di firma Piper Jaffray, Michael Olsen meramalkan pada suku tahun kedua 2018 (atau dalam suku tahun pertama 2019), mode battle royale akan dimasukkan ke dalam beberapa game terbesar dengan cubaan untuk meniru kejayaan game seperti PUBG dan Fortnite, seperti yang dilaporkan oleh CNBC.

Olsen menyebut beberapa game AAA pihak ketiga seperti Call of Duty, Red Dead Redemption 2, Overwatch, Battlefield dan Anthem akan memasukkan mode itu.

“Kami percaya bahawa ia adalah ‘mode’ itu sendiri, bukannya game, yang telah menarik minat pengguna ke Fortnite dan PUBG,” kata Olsen.

“Kami menjangkakan penerbit-penerbit besar akan cuba untuk memenangi semula persaingan dengan memasukkan gaya permainan ini ke dalam game mereka yang sudah ada.”

Itu memang masuk akal kerana beberapa khabar angin mengatakan tentang bagaimana game seperti Red Dead Redemption 2 mungkin akan menyertakan mode battle royale. Malah, tidak lama selepas itu, Call of Duty juga mempunyai potensi untuk memasukkannya.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pengguna Mouse Dan Keyboard Dilaporkan Sedang Mendominasi PUBG Mobile

John Cena Sah Bakal Melakonkan Watak Duke Nukem!