in , , , ,

Penganalisis Ramal Yang Cyberpunk 2077 Akan Lebih Popular Berbanding Red Dead Redemption 2

Era futuristik atau zaman koboi — mana satu yang menjadi kegemaran korang?

Red Dead Redemption 2 menjadi antara game paling banyak dibincangkan pada tahun 2018. Setelah lapan tahun lamanya menanti, para peminat akhirnya mendapat prekuel kepada siri asal game ini.

JomBaca: Red Dead Redemption 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Antara RDR2 dan Cyberpunk 2077, tidaklah banyak sebenarnya yang boleh kita bandingkan selain kedua-duanya merupakan game open-world. Walau bagaimanapun, penganalisis pasaran percaya bahawa Cyberpunk 2077 akan menjadi game yang lebih popular berbanding RDR2.

Info ini datang dari satu dokumen yang dinaikkan di Stockwatch.pl, sebuah laman web pasaran saham dan pelaburan dari Poland, dan diterjemahkan oleh Dr4kun di Reddit.

Penganalisis ini menyatakan yang setelah RDR2 telah terjual dengan sangat baik, mereka yakin yang jualan Cyberpunk 2077 akan mencatatkan angka yang jauh lebih baik — beralasankan dua faktor, iaitu latar belakang yang digunakan serta bilangan platform yang bakal dilancarkan nanti.

Mereka percaya bahawa gamers lebih gemarkan latar belakang dan dunia sains fiksyen yang dibawakan ke dalam Cyberpunk 2077 berbanding zaman koboi (Wild West) yang ada dalam dalam RDR2. Kemudian, Cyberpunk 2077 pula akan dilancarkan terus ke tiga platform iaitu untuk PC, PS4 dan Xbox One, manakala RDR2 pula hanya dilancarkan untuk PS4 dan Xbox One — walaupun ada ura-ura yang mengatakan game dari Rockstar akan dikeluarkan ke PC juga pada masa akan datang.

Penganalisis ini mengatakan lagi bahawa “kualiti menjadi keutamaan paling tinggi untuk CD Projekt RED, dan Cyberpunk 2077 akan lebih dikembangkan dan digilapkan berbanding RDR2.”

Cyberpunk 2077 masih lagi dalam pembangunan, dan belum ada tarikh pelancaran.

Sumber: GameWatcher

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Subnautica Kini Korang Boleh Dapatkan Secara Percuma Di Epic Games Store

Ini 12 Game Dengan Bilangan Pemain Paling Ramai Sepanjang Hayat PS4, Didedahkan Secara Tak Sengaja Oleh Sony