Era game dengan disk fizikal akan ditinggalkan?

Gaming di PC sekarang boleh dikatakan sudah beralih ke pembelian game digital sepenuhnya. Yang masih menggunakan disk-disk fizikal untuk bermain game ini kebanyakannya dari pengguna konsol.

Antara kelebihan yang membuatkan penulis ingin membeli disk fizikal adalah disebabkan ‘rasa fizikal’ game itu sendiri serta dapat membuat koleksi dan ditunjukkan kepada generasi akan datang. Namun, disebabkan pembelian game digital yang lebih mudah dan cepat, serta pelbagai diskaun yang banyak, game digital buat masa ini lebih berbaloi untuk dibeli.

Terbaru, pengananlisis untuk syarikat pelaburan perbankan, Michael J. Olson dan Yung Kim telah mengeluarkan jangkaan mereka terhadap masa depan jualan game dalam industri ini.

Kata laporan itu, lapor WCCFTech.com, pasaran game fizikal kini mengecut kira-kira 10 mata setiap tahun. Ia turut mempertimbangkan kesan satu pasaran yang menggunakan 100% game digital kepada industri, menegaskan yang keuntungan akan lebih banyak diperoleh syarikat penerbit game memandangkan kos untuk mengedarkan game itu akan dikurangkan.

Mereka menyatakan lagi:

“Kami percaya ia adalah pasti yang video game akan ~100% dalam tahun-tahun akan datang, dan walaupun ia sukar untuk mengatakan dengan tepat, kami fikir 2022 adalah jangkaan yang realistik.”

Semestinya peralihan ke game digital sepenuhnya adalah satu langkah yang lebih baik. Namun, satu-satunya kekangan yang dihadapi oleh kebanyak gamers di luar sana, terutamanya gamers di Malaysia adalah infrastruktur internet di negara ini.

Melalui perancangan kerajaan baru Malaysia yang ingin menambah kelajuan internet di Malaysia dan mengurangkan harganya, kami berharap peraihan sepenuhnya ke game digital akan menjadi kenyataan kepada gamers tempatan.

JomKomen!