in

Penganalisis Jangka EA Adalah Studio Seterusnya Mungkin Dibeli Oleh Syarikat Gergasi

Selepas kita mampu menghadam hakikat bahawa Microsoft kini memiliki Activision Blizzard, soalan yang timbul adalah, studio mana seterusnya bakal diambil-alih?

Financial Times (via Push Square) telah mengeluarkan jangkaan mereka tentang studio mana seterusnya yang bakal diambil-alih oleh syarikat gergasi lain, dan ianya tidak lain dan tidak bukan, Electronic Arts (EA).

Analisis itu mengatakan yang EA memiliki rencah yang secukupnya untuk diambil-alih ketika ini kerana pertama, studio tersebut mempunyai banyak francais yang cukup popular, dan kedua, studio tersebut telah melakukan beberapa langkah bijak dalam pelaburan ke dalam ruang game mobile.

EA dikhabarkan bernilai USD38 bilion (~RM159 bilion), dan laporan itu menyebutkan Amazon, Meta, Google dan Netflix sebagai antara pembeli yang berpotensi.

Ramai menjangkakan Sony tidak akan begitu mudah untuk menaburkan duit mereka untuk membeli syarikat sebesar EA kerana Sony kelihatan lebih suka untuk mengambil-alih studio-studio yang lebih kecil.

Microsoft pula dijangka akan mendiamkan diri buat seketika setelah memecahkan rekod industri gaming dengan mengambil-alih Activision Blizzard. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memandang Microsoft sebelah mata kerana kita mengatakan perkara yang sama ketika syarikat itu mengambil-alih Bethesda.

Satu lagi faktor yang membuatkan EA kini sesuai diambil-alih kerana francais terbesarnya, game bola sepak yang dibangunkan EA Sports kini juga mempunyai masalah selepas FIFA ingin menamatkan kontrak lesen bersama EA.

Apakah kita bakal menyaksikan satu lagi kejutan besar dalam masa terdekat? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

UFL Umum Kevin de Bruyne Sebagai Duta Terbaharu, Saksikan Teaser Animasinya

Pemain Ini Cipta Game First-Person Shooter Pokemon, Kini Nintendo Bertindak Memadamkannya