in ,

Pengambil-Alihan Studio-Studio Oleh Microsoft Masih Belum Selesai, Kata Bos Xbox

Bos Xbox, Phil Spencer telah sekali mengulangi kenyataannya bahawa Microsoft “masih belum selesai” dalam langkahnya untuk mengambil-alih lebih banyak studio pembangunan game ke dalam keluarga Xbox.

Perkara ini dinyatakan Spencer dalam temuramah bersama Wall Street Journal (via VGC).

Spencer diajukan soalan tentang apakah Xbox Game Studios, yang kini mempunyai 23 studio berbeza di bawahnya, akhirnya sudah lengkap atau ia boleh berkembang lebih besar. Beliau memulakan jawapan dengan menyatakan bagaimana Xbox telah memberikan studio-studio ini kestabilan kewangan, dan beliau mahu memberikan mereka lebih banyak keupayaan kreatif, lebih jangka masa untuk membina kerja terbaik mereka.

Kemudiannya, menjawab tentang lebih banyak pengambil-alihan pada masa akan datang, Spencer berkata:

“Tiada kuota. Tiada seolah-olah jangka masa di mana saya perlu ambil-alih sejumlah studio dalam satu-satu masa, tapi kalau kami temui satu studio yang kami ada keserasian, kami berkongsi apa yang kami cuba gerakkan dan apa yang mereka cuba lakukan, and kalau kami rasa kedua-duanya boleh jadi lebih baik bersama, sudah tentu.”

“Ia menjadi satu keistimewaan yang kami ada di Microsoft dan memiliki keupayaan untuk mengambil pendekatan jangka masa panjang, dan menambah pencipta-pencipta hebat kepada portfolio adalah salah satu bahagian penting daripadanya.”

Spencer turut menjelaskan yang walaupun kini berada di bawah payung Xbox, beliau percaya ia sangat penting untuk setiap studio mengekalkan kebebasan masing-masing.

Kira-kira setahun lalu, ada ura-ura yang muncul mengatakan Microsoft mula merancang untuk membeli beberapa studio di Jepun.

Pengambil-alihan terbaharu dan terbesar yang Microsoft berjaya lakukan setakat ini ialah membeli Zenimax Media, syarikat induk kepada Bethesda Softworks, Bethesda Game Studios, id Software, ZeniMax Online Studios, Arkane, MachineGames, Tango Gameworks, Alpha Dog, dan Roundhouse Studios.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Halo Infinite Ditunda Ke Tahun 2021

EA Buka Studio Baru, Fokus Game FPS, Diketuai Bekas Pencipta-Bersama Halo

God of War Diumumkan Untuk PC, Tiba Ke Steam, Epic Games Store Pada Januari 2022