in ,

Penerbit The Witcher Netflix Beri Respon Terhadap Permintaan Mark Hamill Sebagai Vesemir

Perkembangan cerita tentang permintaan para peminat untuk mengambil Mark Hamill bagi melakonkan watak Vesemir dalam siri The Witcher di Netflix ini agak menarik.

Setelah pelakon Luke Skywalker itu menyatakan minatnya untuk melakonkan Vesemir, dan kemudian mengesahkan yang beliau tidak lagi menerima sebarang panggilan untuk watak itu — penerbit siri tv ini, Lauren Schmidt Hissrich telah memberikan respon.

Bercakap kepada IGN, Hissrich mengesahkan bahawa mereka belum lagi menghubungi Hamill kerana mereka masih lagi belum membuat pemilihan pelakon (casting) untuk watak Vesemir.

“Saya adalah peminat tegar Star Wars,” kata Hissrich menandakan yang beliau sangat teruja apabila Hamill membalas tweetnya pada ketika itu yang menyatakan minatnya untuk memainkan watak Vesemir.

“Ia adalah salah satu daripada momen [ketika membikin] Witcher di mana saya seperti ‘ya Tuhan, boleh jadi kenyataan ke? Yang Mark Hamill tahu tentang perkara ini dan mungkin berminat untuk melakukannya?'”

“Mark sentiasa menjadi tarikan buat saya dan tarikan kepada projek ini. Kami masih belum menghubungi ejen beliau lagi kerana kami belum lagi mambuat pemilihan pelakon untuk watak itu, tapi saya suka apa yang sedang terjadi di Internet. Dan saya teruja dengan semua reaksi yang diberikan peminat. Semestinya, kami telah melihat bagaimana ramainya peminat The Witcher, dan ditambah pula dengan bilangan peminat dari Star Wars… ia buat minda saya macam nak meletup”.

Daripada apa yang dinyatakan ini, nampaknya peluang kita untuk menyaksikan Mark Hamill sebagai Vesemir masih lagi belum tertutup. Sama-samalah kita berharap agar Netflix mengeluarkan bajet yang cukup untuk mengambil Mark Hamill sebagai Vesemir.

Kesemua lapan episod musim pertama The Witcher sudah boleh ditonton di Netflix dan musim keduanya akan dikeluarkan pada 2021. Sama ada Vesemir akan ada dalam musim kedua pun kita belum pasti.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Presiden Sony PlayStation Terangkan Mengapa Logo PS4 Dan PS5 Tidak Jauh Beza

Buat 2 Tahun Berturut-Turut, PlayStation Sah Tidak Akan Hadir Ke E3 2020

Pokemon Sword & Shield Bawa 2 Expansion Pass Baru Di Luar Jangkaan

Pokemon Sword & Shield Bawa 2 Expansion Pass Baru Di Luar Jangkaan