Klaim, jangan tak klaim.

Take-Two Interactive, penerbit game Red Dead Redemption 2, telah menerima saman daripada sebuah syarikat dunia-sebenar yang bernama “Pinkerton”.

Bagi korang yang tak mainkan Red Dead Redemption 2 lagi, “Pinkerton” muncul sebagai antara nama yang sangat penting dalam game ini. Sepanjang game ini berjalan, geng van der Linde sentiasa diburu oleh Andrew Milton dan Edgar Ross dari Pinkerton Detective Agency.

JomBaca: Red Dead Redemption 2: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Disebabkan nama yang sama (dan juga peranan syarikat yang seakan sama), syarikat dari dunia-sebenar Pinkerton Consulting & Investigations — syarikat yang menawarkan perkhidmatan keselamatan — telah menghantar surat saman kepada Take-Two Interactive untuk meminta royalti ke atas penggunaan “Pinkerton” dalam game yang sedang hangat itu.

Take-Two telah mempertahankan diri dengan tuntunan mahkamah mereka sendiri, menyatakan yang agensi detektif dalam game tersebut adalah sebahagian daripada latar belakang sejarah RDR2, dan sepatutnya layak untuk mereka gunakan. Bagi mempertahankan alasan mereka ini, Take-Two membawakan beberapa rujukan terhadap organisasi Pinkerton pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam sejarah Amerika — era yang sama digunakan dalam game RDR2.

Apabila game sedang hangat di pasaran, beginilah jadinya. Banyak pihak yang akan meminta royalti, ya tak? Ke macam mana?

Sumber: The Verge

JomKomen!