in , , , ,

Penerbit NieR: Automata Jelaskan Mengapa Tiada Perancangan Untuk Versi Xbox One Pada Masa Ini

Gamers di Xbox One masih berduka dengan game ini tidak diterbitkan di Xbox One? Ini penjelasannya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan penerbit game NieR: Automata, Yosuke Saito kepada Express UK, beliau telah menjelaskan mengapa game ini tidak dikeluarkan untuk Xbox One. Kata Saito:

“Buat masa ini tiada perancangan untuk melancarkan di platform ini. Sebab utama untuk ini adalah pasaran Jepun untuk Xbox One tidak mantap, jadi keputusannya adalah untuk fokus kepada PlayStation 4 berbanding pecahkan tenaga kami kepada dua platform. Kebaikan terbesar membangunkan di satu platform adalah kami tidak perlu bahagikan masa kami, membenarkan kami untuk lebih fokus kepada kualiti. Ia bukan tentang sama ada satu platform lebih baik daripada platform yang lain, tapi ia adalah dari segi pembangunan, kami boleh menumpukan lebih masa kepada satu platform.”

Beberapa bulan lalu, Saito ada menyatakan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk membawa NieR: Automata ke Xbox One, serta mengumumkan sokongan PS4 Pro. Namun, nampaknya, daripada kenyataan terbaru ini, gamers di Xbox One terpaksa menyimpan hajat mereka ini.

Ramai gamers Xbox mengharapkan NieR: Automata turut diterbitkan untuk Xbox One kerana siri NieR asal, yang dilancarkan pada tahun 2010 turut dikeluarkan di Xbox 360, bersama-sama dengan PS3.

Baru-baru ini, Square Enix telah mengeluarkan video terbaru Nier: Automata, memaparkan sedikit latar belakang mengenai robot-robot android yang terdapat dalam game ini, serta memainkan sedikit emosi penonton dengan ton yang agak sedih.

NieR: Automata akan dilancarkan sepenuhnya pada 7 Mac 2017 di PS4, dan akan dikeluarkan di PC pada suatu tarikh yang belum diumumkan.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Jom Tengok Cara Combat dan Senjata Dalam Video Mass Effect: Andromeda Terbaru!

Jom Tengok Cara Combat dan Senjata Dalam Video Mass Effect: Andromeda Terbaru!

Ternak Peluru Dan Senjata Untuk Digunakan Di Dalam Game FPS Shotgun Farmers!

Ternak Peluru Dan Senjata Untuk Digunakan Di Dalam Game FPS Shotgun Farmers!