in

Penerbit GTA Ada 3 Game Klasik Bakal Dihidupkan Semula Yang Masih Belum Diumumkan

Take-Two Interactive telah mengesahkan bahawa mereka kini mempunyai tiga game klasik yang bakal dihidupkan semula, yang masih belum diumumkan.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh syarikat gaming gergasi itu dalam laporan kewangan terbaharu mereka.

Dalam laporan itu, Take-Two menyenaraikan barisan game yang dijadualkan akan dilancarkan pada tahun fiskal ini (April 2021 hingga Mac 2022). Antara yang tersenarai adalah Grand Theft Auto 5 untuk PS5 dan Xbox Series, pelancaran GTA Online kendiri, Kerbal Space Program Enhanced Edition serta tiga game baharu tersebut.

Tidak dapat dipastikan apakah game-game itu merupakan remake, remaster atau port sahaja kerana mereka hanya menggambarkannya sebagai “versi-versi baharu untuk game-game yang pernah dikeluarkan sebelum ini”.

Sebagai sebuah syarikat penerbitan game yang cukup besar, melihat kepada barisan game yang pernah dikeluarkan Take-Two, sememangnya sukar untuk meneka apakah ketiga-tiga game yang masih belum diumumkan itu.

Take-Two merupakan penerbit kepada siri-siri game seperti Grand Theft Auto, BioShock, Red Dead, Borderlands, Civilization, Mafia, Max Payne, dan XCOM, sekadar menamakan beberapa francais.

Apa agaknya game yang sedang dihidupkan semula itu? Jangkaan korang?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

PUBG Telah Bertukar Nama, Kini Dikenali Sebagai ‘PUBG: Battlegrounds’ Untuk PC, Konsol

Kepulangan Pemenang Pingat Emas Olimpik Rusia Dirai Dengan Persembahan ‘Toss a Coin to your Witcher’