in ,

Penerbit Buku The Witcher Umumkan 500,000 Cetakan Semula Selepas Fenomena Siri TV Netflix

Fenonema global yang dicipta siri tv The Witcher di Netflix kini telah sampai ke satu tahap yang baharu.

Penerbit siri buku asal The Witcher tulisan Andrzej Sapkowski, Orbit Books telah mengumumkan cetakan semula lebih daripada 500,000 unit untuk kesemua 8 buku di bawah francais ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, syarikat penerbitan buku itu berkata:

“Permintaan terhadap kesemua lapan buku dalam siri ini semakin meningkat pada tahun lalu semasa menantikan pelancaran di Netflix. Sejak ia ditayangkan, jualan untuk semua format menjadi fenomena — cetakan, e-buku dan audio — dan Orbit Books cawangan Amerika Syarikat sedang mencetak semula lebih daripada 500,000 unit bagi memenuhi permintaan di luar jangkaan.”

Sebelum ini, game adaptasi The Witcher 3: Wild Hunt, yang dibangunkan CD Projekt Red, telah memecahkan rekod jumlah pemain serentak di platform Steam. Kemudian, buku-buku The Witcher di laman web Amazon telah kehabisan stok. Semuanya disebabkan para peminat lama dan baru mula merancakkan francais ini dalam apa jua karya The Witcher yang ada selepas menonton siri tv itu di Netflix.

Kesemua lapan episod musim pertama siri tv The Witcher boleh ditonton sekarang di Netflix. Musim keduanya dijadualkan keluar pada 2021.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Fortnite Dan TikTok Umum Kerjasama, Beri Peluang Pemain Cipta Emote Sendiri

Fortnite Dan TikTok Umum Kerjasama, Beri Peluang Pemain Cipta Emote Sendiri

Multiplayer Untuk Cyberpunk 2077 Mungkin Akan Dilancarkan Selepas Tahun 2021