in , , , ,

Pendekatan Microsoft Bukan Ingin Jual Konsol Lebih Banyak Daripada Sony, Nintendo, Kata Bos Xbox

Memasuki fasa baharu dalam perseteruan konsol antara Microosft dan Sony pada hujung tahun ini, dengan pelancaran PS5 dan Xbox Series X, bos Xbox telah memberikan sedikit komen mengenainya.

Phil Spencer baru-baru ini telah menyatakan bahawa pendekatan Microsoft bukanlah untuk menyaingi unit jualan konsol keluaran Sony atau Nintendo.

“Kalau [menjual lebih banyak konsol daripada Sony atau Nintendo] adalah pendekatan kami, kami tidak akan meletakkan game kami di PC,” kata Spencer. “Kami tidak akan letakkan game-game kami di Xbox One, kami tidak akan bangunkan xCloud dan benarkan orang main game di telefon mereka.”

“Berapa banyak konsol saya jual dibandingkan dengan berapa konsol syarikat lain jual. Sony atau Nintendo atau syarikat-syarikat lain pada suatu masa dahulu, itu bukan pendekatan kami.”

Spencer kemudian menambah bahawa Microsoft sedang cuba untuk membina pengalaman dalam kalangan pemain, yang mana menjelaskan tentang beberapa inisiatif seperti Xbox Game Pass, xCloud, dan membenarkan pemain untuk mengakses eksklusif pihak pertama melalui pelbagai platform berbeza.

Spencer mendedahkan perkara ini ketika bercakap dalam podcast yang dihoskan Gary Whitta dalam Animal Crossing. Korang boleh dengarkan perbualan panjang mereka di bawah.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
No Straight Roads Turut Dilancarkan Serentak Ke 4 Platform, Local Co-Op Diumumkan - Saksikan Trailer Terbaru

No Straight Roads Akan Tampilkan Sarikata Berbahasa Malaysia

Ghost of Tsushima Umumkan "Legends" - Mode Co-Op Sehingga 4 Pemain

Ghost of Tsushima Umumkan “Legends” – Mode Co-Op Sehingga 4 Pemain