in , , ,

Pendedahan Penuh Battlefield 6 Dilaporkan Akan Berlangsung Pada Mei

EA sebelum ini telah mengesahkan yang Battlefield seterusnya (belum ada judul rasmi) akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Walau bagaimanapun, yang menjadi tanda tanya ramai adalah bilakah mereka akan mendedahkan segala butiran tentang game perang ini?

Khabar angin terbaharu yang muncul mengatakan acara pendedahan penuh Battlefield 6 (atau apa jua judulnya kelak) akan berlangsung sekitar bulan Mei ini.

Ketika bercakap di livestream GamesBeat (via MP1ST), orang dalam industri, Jeff Grub mendakwa yang EA kini sedang merancang untuk mengadakan acara tersebut pada Mei.

“Ia masih belum tetap,” kata Grub. “Mereka masih belum umumkan apa-apa kepada umum. Tapi daripada pemahaman saya, mereka sedang melihat pada Mei.”

Bukan Grub sahaja mengatakan sebegitu. Seorang lagi orang dalam industri yang cukup terkenal membawakan berita-berita francais Battlefield, Tom Henderson turut mengatakan perkara yang sama di Twitter. Malah Henderson menjangkakan yang acara tersebut akan diadakan pada tarikh 7 Mei.

Acara pendedahan Battlefield baharu pada bulan Mei semestinya sesuatu yang mudah untuk dijangka. Beberapa Battlefield sebelum ini, yang dilancarkan pada hujung tahun, sering mengadakan acara pendedahan pada Mei.

Apa-apa pun, seperti biasa, anggap saja ini masih dalam khabar angin selagi ia belum diumumkan secara rasmi oleh EA.

Sebelum ini, EA telah mengumumkan yang fokus mereka kini adalah untuk melancarkan Battlefield seterusnya, menarik Criterion untuk membantu DICE, membuatkan Criterion terpaksa menunda pembangunan Need for Speed seterusnya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Civilization 6 Tambah Portugal Sebagai DLC Terakhir New Frontier Pass

The Last of Us Part II Ditunda Ke Satu Tarikh Pelancaran Yang Tidak Dinyatakan

Mod Ini Tukar Model Karakter Ellie Dengan Joel Dalam The Last of Us Part II