in ,

Pendapatan The Witcher 3 Di Steam Kini Dibahagi 80/20 Selepas Berjaya Capai USD50 Juta Sejak Oktober 2018

Pada hujung tahun 2018, Valve telah memperkenalkan satu polisi baharu terhadap bagaimana mereka membahagikan pendapatan yang diperoleh di platform gaming terbesar dunia, Steam.

Berkuatkuasa pada 1 Oktober 2018, Steam akan membahagikan perkongsian pendapatan sebanyak 70/30 untuk mana-mana game yang masih belum mencapai jualan game tersebut melebihi USD10 juta. Untuk game yang melebihi angka USD10 juta, pembahagian 75/25 akan diberikan, manakala game yang berjaya terjual melebihi USD50 juta, akan mendapat 80/20 (membahagikan kutipan untuk pendapatan selepas game itu mencapai jualan yang dinyatakan, tidak sentuh kutipan yang diperoleh sebelum itu).

Kini, antara game terawal yang berjaya mencapai pendapatan jualan sebanyak USD50 juta di Steam sejak 1 Oktober 2018 ialah The Witcher 3: Wild Hunt.

Berita ini diumumkan oleh CD Projekt Red sendiri, sekaligus mengesahkan bahawa setiap kutipan yang diperoleh oleh The Witcher 3 di Steam selepas ini akan dibahagikan kepada 80/20 (80 peratus untuk CDPR, 20 peratus untuk Valve). Kenyataan itu turut menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah menyokong game itu selama ini.

Kejayaan ini semestinya tidak mengejutkan memandangkan “demam” francais The Witcher yang sedang melanda seluruh dunia pada ketika ini. Telah dilaporkan sebelum ini bahawa jualan The Witcher 3 telah meningkat sebanyak 554% sejak siri TV Netflix dilancarkan.

Sebagai perbandingan, pesaing utama Steam kini, Epic Games Store mengamalkan perkongsian pendapatan 88/12 untuk kesemua game yang ada di platform itu, tidak mengira pendapatan yang telah atau belum dicapai. Epic Games pernah memberikan tekanan kepada Valve yang menggunakan perkongsian 70/30 untuk permulaan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sekuel Filem Tomb Raider Dilaporkan Akan Berasaskan 2 Game Terbaru

Kenali 2 Operator Baru Dari India Dan Kenya Yang Akan Dibawakan Ke Dalam Rainbow Six Siege

Selepas Berusia 4 Tahun, Rainbow Six Siege Pecahkan Rekod Jumlah Pemain Serentak Di Steam