in

Pendapatan Industri Gaming Malaysia Adalah Yang Tertinggi Di Asia Tenggara, Menurut Kajian

Industri gaming berkembang pesat di negara ini.

Sebuah kajian telah mendapati bahawa gamers Malaysia telah menjana USD589.4 juta (RM2.45 billion) dalam hasil pendapatan (revenue) untuk industri gaming pada tahun ini, menjadikan Malaysia adalah negara paling tinggi nilai tersebut apabila dibandingkan dengan negara-negara Asia Tenggara lain.

Pendapatan ini bukan sahaja datang daripada perbelanjaan yang dilakukan oleh para gamers terhadap game-game mereka, tetapi juga hasil pendapatan yang dijana oleh studio-studio pembangunan game tempatan.

Newzoo, sebuah firma yang khusus mengkaji tentang industri gaming, mendapati bahawa gamers Malaysia yang hardcore telah menjadi pemangkin kepada kebangkitan industri gaming, termasuklah mereka yang bergelar pengaturcara (programmer) dan pembangun video game.

Bercakap kepada The Malaysian Reserve, perunding pasaran gaming Newzoo, Tom Wijman berkata, “disebabkan PC gaming secara tipikalnya dianggap sebagai aktiviti teras kepada gamers, ia secara automatiknya menterjemahkan kepada suasana gaming tempatan yang sihat”

“Terdapat sebuah persekitaran pembangunan game yang sihat di sini. Studio-studio tempatan telah terlibat dengan usaha beberapa pelancaran antarabangsa yang besar seperti Uncharted 4.”

Wijman menyatakan lagi bahawa separuh daripada hasil pendapatan di Malaysia telah dijana daripada mobile game yang dimuat-turun, manakala 35% datang daripada game-game fizikal dan yang dimuat-turun di PC. Game di konsol pula menyumbangkan 14% daripada jumlah hasil tersebut.

Newzoo melaporkan lagi bahawa secara keseluruhannya, rantau Asia Tenggara memperlihatkan satu kadar perkembangan tahunan sebanyak 25% sehingga tahun 2020.

“Dipengaruhi besar oleh populasinya, terutamanya apabila dibandingkan dengan negara-negara seperti Indonesia dan Filipina, saya percaya bahawa industri gaming Malaysia akan mengikut trend rantau ini untuk perkembangan ke arah tahun 2018,” kata Wijman lagi.

Laporan itu menyatakan lagi bahawa industri gaming mobile akan mewakili lebih daripada separuh jumlah pasaran game global menjelang tahun 2020.

Bagi korang pula sebagai seorang gamer, di platform manakah korang paling banyak berbelanja? PC, konsol atau mobile? Kongsikan dengan kami.

 

 

 

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dapatkan Brutal Legend Percuma Sekarang Melalui Humble Store

Dalam Assassin’s Creed Origins, Kita Boleh Tumbangkan Gajah Perang Dengan Hanya Menumbuknya, Saksikan Video Ini