Menu
in , ,

Pendapatan Game Mobile Di Malaysia Berkembang RM424 Juta Dalam Masa 2 Tahun

Pasaran game mobile tempatan telah berkembang dengan begitu pesat dalam masa dua tahun ini dengan pendapatan (revenue) sebanyak RM424 juta.

Menurut laporan Asia Spotlight yang dikeluarkan Niko Partners (via GamesIndustry.biz), hasil game mobile telah meningkat kira-kira USD100 juta di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2019.

Laporan ini turut mencatatkan pasaran game mobile Singapura yang meningkat sekitar USD35 juta (RM148 juta) dalam jangka waktu yang sama — sekaligus menjadikan kedua-dua negara berjiran ini mengumpulkan pendapatan pasaran mobile game sebanyak USD135 juta (RM572 juta).

Game mobile yang mencatatkan pendapatan paling tinggi di kedua-dua negara Malaysia dan Singapura semestinya ialah Mobile Legends: Bang Bang, yang dibangunkan oleh syarikat gaming gergasi dari China, Moontoon. Game ini menjana sebanyak USD20.9 juta (RM88.6 juta) di Malaysia dan USD12.5 juta (RM53 juta) di Singapura pada tahun 2019 sahaja.

Game mobile apa yang korang tengah layan sekarang? Kongsikan dengan kami di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version