Jom kembali racing dalam dunia open-world Ubisoft ini!
Ubisoft telah mengumumkan bahawa pendaftaran untuk sesi beta The Crew 2 telah dibuka. Untuk mendaftar, mudah sahaja, apa yang perlu korang lakukan adalah log masuk ke dalam akaun Ubisoft korang dan pilih platform mana yang korang ingin dapatkan kod beta itu.
Korang boleh mendaftar di sini.
Tarikh sesi beta ini akan dimulakan serta apakah kandungannya nanti masih belum didedahkan.
The Crew 2 pada asalnya dijadualkan akan dilancarkan pada 16 Mac 2018, tetapi kini telah ditunda ke satu tarikh yang belum diumumkan atas beberapa sebab.
The Crew 2 bakal hadir ke platform PC, PS4 dan Xbox One.
Comments
Loading…