in , , ,

Pendaftaran Beta Untuk Sniper: Ghost Warrior 3 Kini Dibuka

Daftar sekarang dan cuba beta Sniper: Ghost Warrior 3.

Sniper: Ghost Warrior 3 bakal diterbitkan pada bulan April nanti tetapi studio CI Games kini ingin memberi peluang pada pihak umum untuk mencuba game ini sebelum ianya diterbitkan. Sesi open beta ini akan bermula pada 3 Februari nanti dan pendaftaran boleh dilakukan di sniperghostwarrior3.com.

Open beta ini akan memberi peluang kepada pemain untuk mencuba sebanyak 2 buah misi yang dikenali sebagai “Cut Off” dan “Blockout”.

Studio CI Games turut menyatakan bahawa open beta ini dilaksanakan bagi memperbaiki masalah-masalah teknikal bagi mengelakkan masalah pada hari pelancaran nanti.

Walaupun akan diterbitkan di konsol kelak, haris diingatkan bahawa beta ini hanya terbuka kepada pengguna-pengguna PC.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Gabe Newell: Mungkin Kembali Ke Dunia Half Life, Left 4 Dead Mungkin Dengan Elemen VR!

Kisah Latar Belakang Untuk The Legend Of Zelda: Breath Of The Wild Sudah Didedahkan, Mengesahkan Teori Peminat!