in , , , ,

Pendaftaran Beta Untuk Injustice 2 Kini Telah Dibuka!

Ni la peluang bagi korang untuk mencuba Injustice 2. Jom membelasah Superman, Batman atau geng-geng super hero dan super villain yang lain!

Percubaan beta bagi Injustice 2 ini adalah terhad, jadi jika ianya menarik minat korang pastikan daftarkan diri dengan segera, namun begitu ianya hanya untuk PS4 dan Xbox One. Harus diingatkan bahawa kod untuk beta ini perlu ditebus menggunakan akaun R1(US).

Seperti sesi-sesi beta yang lain, beta ini bakal digunakan oleh NetherRealm Studios untuk melakukan penyiapan dihari penerbitan kelak, disamping dalam usaha untuk mengimbangan watak-watak yang ada agar tidak terlalu over powered(OP).

Saksikan video trailer terbaru memaparkan story mode universe Injustice 2 yang bersambung daripada Injustice: Gods Among Us – di mana Batman dan sekutu-sekutunya bergabung untuk membangunkan semuala dunia, sambil menentang musuh-musuh yang ingin mengembalikan pemerintahan Superman yang menggila!

Injustice 2 akan diterbitkan pada 16 Mei untuk PC, PlayStation 4, Xbox One, iOS dan Android.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

BioWare Memberi Penghargaan Atas Keringat Dan Dedikasi Staf Mereka

Ultimate Marvel VS Capcom 3: Versi Digital Xbox One & PC Keluar Mac Ini! Juga Versi Disk Untuk PS4 dan Xbox One!