in , , , ,

Pencipta Uncharted Dan Naughty Dog Sukakan Filem Pendek Uncharted Oleh Allan Ungar Dan Nathan Fillion

Sudah tiba masanya untuk filem Uncharted yang sebenar.

Minggu ini, kita telah digegarkan dengan satu filem pendek Uncharted rekaan peminat (bukan rasmi) yang diarahkan oleh Allan Ungar dan dibintangi Nathan Fillion sebagai Nathan Drake.

Mereka berdua, Ungar dan Fillion, telah dijemput ke IGN Live di Comic-Con 2018 dan bercakap tentang filem pendek mereka ini. Menjadi perhatian dalam perbualan mereka ini adalah reaksi yang diberikan oleh Naughty Dog kepada filem bukan rasmi mereka ini.

Kata Ungar, maklum balas yang diterima adalah sangat positif. “Amy Hennig, yang mana saya rasa beliau mencipta karakter-karakter ini, beliau ada menghantar tweet kepada saya. Dan beliau mengatakan yang ia [filem itu] adalah menakjubkan. Ia menggembirakan hatinya apabila melihat ini selepas 13 tahun.”

Kemudian, Ungar menyambung, “Neil Druckmann, yang menggerakkan Naughty Dog sekarang, juga sukakannya. Apabila kamu mendapat sokongan mereka dan pujian mereka memberikan makna yang sangat besar.”

“Ia memberikan satu perasaan yang sangat bahagia,” tambah Fillion.

Filem pendek tersebut merupakan karya yang sangat menghiburkan. Plot utama atau harta karun yang ingin dicari oleh Nathan Drake pada kali ini ialah harta karun yang terdapat dalam kapal Flor de la Mar, kapal yang mengangkut segala harta yang mereka dapati di Kota Melaka selepas Portugis menjarah kota pelabuhan Empayar Kesultanan Melayu yang agung itu.

Korang boleh baca lagi tentang filem pendek ini serta menonton video penuhnya di sini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

10 Aksi Kelakar Dari Piala Dunia FIFA 2018 Yang Patut Dimasukkan Sebagai ‘Celebration’ Dalam FIFA 19

Celcom Beri 3GB Data Percuma Setiap Bulan Untuk Mainkan Arena of Valor!