in

Pencipta Uncharted, Amy Hennig Sedang Bikin Game Action-Adventure Bersama Veteran Industri Gaming Lain

Pencipta bersama siri Uncharted, Amy Hennig kini sedang berada dalam projek membangunkan sebuah game single-player action-adventure baharu di bawah studio Sundance New Media.

Berita ini diumumkan oleh Todd Stashwick di Twitter, yang mana beliau mengumumkannya bersama-sama dengan beberapa jawatan kosong yang sedang dilakukan oleh studio itu.

Bagi yang tidak kenal, Stashwick merupakan salah seorang penulis Star Wars Project Ragtag bersama-sama dengan Hennig, yang mana projek itu sudahpun dibatalkan. Dalam kata lain, kedua-dua penulis itu bakal bersatu kembali dalam projek terbaharu ini.

Amy Hennig cukup dikenali sebagai salah seorang penulis yang mencipta siri game Uncharted, sebelum keluar dari Naughty Dog pada tahun 2014. Kemudian, pada 2019, Hennig dan bekas eksekutif EA, Julian Beak telah membuka Sundance New Media — dan ini merupakan projek pertama mereka yang kita dengar selepas penubuhan studio tersebut.

Tidak banyak butiran kita ketahui mengenai projek baharu ini buat masa ini. Antara info yang ada dalam info jawatan kosong yang dibuka itu adalah game yang sedang dibangunkan ini adalah ‘berkualiti tinggi, AAA single-player berasaskan story action-adventure yang dibina menggunakan Unreal Engine’.

Sama-sama kita nantikan sebarang info akan datang untuk projek yang amat menarik ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Saksikan Red Dead Redemption 2 Dimainkan Dalam VR

Final Fantasy VII Remake: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Final Fantasy Seakan Dark Souls Dilaporkan Sedang Dibangunkan Team Ninja