Pencipta aplikasi paling popular di dunia ketika ini kini memiliki syarikat pembangun salah satu game mobile paling popular di Asia Tenggara.
ByteDance, syarikat yang mencipta TikTok, telah mengambil-alih Moonton Technology, iaitu studio pembangun yang membikin Mobile Legends melalui satu nilai yang tidak didedahkan.
Secara tepatnya, syarikat di bawah ByteDance, iaitu studio Nuverse yang telah membeli Moonton, sekaligus membawa nama ByteDance sebagai salah satu pesaing rapat kepada Tencent dalam industri gaming.
Menurut South China Morning Post, ByteDance mendedahkan yang Mobile Legends telah melepasi 1 billion muat-turun pada November lalu.
Pengambil-alihan ini boleh dikatakan sebagai pembelian pertama ByteDance yang berteraskan game esports, sesuatu yang mereka terkebelakang sedikit berbanding Tencent sebelum ini dalam menjana maanfaat daripada aplikasi mereka yang memiliki pangkalan pengguna yang cukup ramai, iaitu TikTok.
Seorang penganalisis gaming berpangkalan di Beijing, Liao Xuhua berkata, “Moonton merupakan pembelian terbaik ByteDance setakat ini, sama ada dari segi skala atau reputasi dalam industri.”
Comments
Loading…