in , , , , ,

Pencipta PUBG Raikan Ulang Tahun Pertama Dengan Video Baru Dan Pandang Pertama Map Baru

PlayerUnknown’s Battlegrounds telah menjadi satu fenomena di seluruh dunia sejak ia keluar dari Early Access di PC dan tiba ke Xbox One serta mobile selepas itu. Sekarang, pencipta game itu mahu melihat kembali kejayaannya selepas satu tahun.

Pembangunnya PUBG Corp. telah mengeluarkan video baru bertajuk ‘Thank You’ yang disampaikan oleh pasukan pembangun untuk meraikan ulang tahun yang pertama PUBG sejak ia berada dalam Early Access pada tahun lepas.

Secara spesifiknya dalam video itu, pencipta PUBG, Brendan Greene (“PlayerUnknown”) dan CEO PUBG Corp. dan Executive Producer, C.H. Kim memberitahu kepada peminatnya yang banyak menyokong dan membantu PUBG untuk menjadi sebuah game yang berjaya di seluruh dunia. Dan juga melihat kembali kepada maklum balas dari peminat yang membantu menjadikan game itu lebih baik.

Tambahan kepada kenyataan Greene dan Kim, video itu disertakan sekali dengan pandang pertama map seterusnya yang akan hadir ke PUBG. Yang mana saiz map itu sebesar 4×4 (lebih kecil dari dua map yang sudah ada sekarang). Map baru itu akan memfokuskan kepada pertempuran jarak dekat dalam PUBG. Ia akan menampilkan pemandangan tropikal dan berlatarbelakangkan di Asia Tenggara. Map itu juga akan boleh didapati untuk sesi percubaan umum pada awal bulan April.

PlayerUnknown’s Battlegrounds sekarang boleh didapati untuk Xbox One, PC, iOS dan Android.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pencipta PUBG Tentang Fortnite: “Saya Cuba Atasi Persepsi Saya Ingin Game Lain Mati”

EA Sedang Mengambil Pekerja Untuk ‘Projek Terbaru Game Open-World Star Wars’