in

Pencipta Prince Of Persia Cuba Untuk Mengembalikan Semula Francais Game Tersebut

Walaupun Prince of Persia suatu masa dulu merupakan sebuah siri yang terkenal, namun siri tersebut menjadi senyap sejak generasi Xbox 360/PS3. Adaptasi filemnya juga telah dilancarkan bersama dengan game terkininya pada tahun 2010, tapi selepas itu ia terus hilang.

Tapi harapan masih ada untuk siri itu kembali semula. Pencipta Prince of Persia, Jordan Mechner baru-baru ini mengatakan bahawa beliau sedang cuba untuk mengembalikan semula siri tersebut.

Pada minggu ini, hos rancangan televisyen, Chrissy Teigen menulis pos di akaun Twitter miliknya tentang bagaimana dia menyukai game Prince of Persia dan terfikir adakah francais itu masih lagi hidup. Mechner melihat pos itu dan memberi respon dengan menjelaskan bahawa beliau dan yang lain-lain sedang cuba mengumpulkan minat untuk membawakannya semula.

“Chrissy, saya tahu sesetengah orang merasakan perkara yang sama. Kami sedang lakukan yang terbaik untuk menjadikannya sebuah kenyataan!” – Respon dari Jordan Mechner.

Jordan Mechner menghasilkan game pertama Prince of Persia, yang mana telah dilancarkan pada tahun 1989. Sejak itu, beliau membantu dengan beberapa game Prince of Persia yang lain termasuklah game reboot pada tahun 2001 selepas Ubisoft mendapat hak penerbitan.

Ia masih tidak pasti jika Ubisoft akan mempertimbangkan untuk menerbitkan sebuah lagi game Prince of Persia. Assassin’s Creed selalu dilihat sebagai kejayaan bagi Ubisoft kepada francais Prince of Persia, memandangkan kedua-duanya mempunyai gameplay yang sama dan latar yang hampir sama. Dengan kekuatan game Assassin’s Creed masih lagi kukuh, Ubisoft mungkin akan fokus kepada siri game aksi third-person bersejarah itu.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PlayerUnknown’s Battlegrounds Telah Melepasi 3 Juta Pemain Di Xbox One

Naughty Dog Nafikan Penglibatan Secara Langsung Dalam Pembikinan Filem Uncharted

Akaun Twitter Bos PlayStation, John Kodera Digantung Kerana Ia Adalah Akaun Palsu