Siapa tiru siapa sekarang? Presiden game Paladins, Stewart Chisam mula memberikan perhatian terhadap hero terbaru Overwatch, Brigitte Lindholm yang kelihatan hampir sama seperti karakter Ash dari game Paladins.
Chisam memuat naik gambar kedua-dua hero tersebut secara sebelah menyebelah di Twitter dan menulis: “Undi cepat. Jika saya mula perasan dan menunjukkan mana-mana persamaan antara kedua-dua karakter ini, bukankah itu akan menjadikan saya seperti periuk yang memanggil cerek berwarna hitam atau cerek itu yang memanggil periuk berwarna hitam?”
Quick poll: If I happened to notice and point out any similarities between these two characters, would that make me the Pot calling the Kettle black, or the Kettle calling the Pot black? This will keep me up tonight unless I get a clear answer. pic.twitter.com/rt9j3NT0S0
— Stewart Chisam (@schisam) March 1, 2018
Persamaannya adalah jelas, antara kedua-dua hero tersebut. Kedua-duanya adalah wanita yang memakai perisai pahlawan, walaupun Brigitte menggunakan roket dan bukannya seperti Ash yang menggunakan senjata api. Kebolehan mereka berdua juga mempunyai nama dengan bunyi yang hampir sama, Ash mempunyai Shoulder Bash, Siege Shield dan kebolehan untuk plant-the-flag. Manakala Brigitte pula mempunyai Shield Bash, Barrier Shield dan juga boleh mempunyai kebolehan plant-the-flag. Walau bagaimanapun, kesemua kebolehan ini tidak berfungsi dengan cara yang sama.
Komen korang? Siapa tiru siapa ini?
Comments
Loading…