in ,

Pencipta God of War Kata Game PlayStation Seterusnya Akan Buat Peminat ‘Hilang Akal’

Pencipta God of War yang kini tidak lagi bersama Sony, David Jaffe telah mengeluarkan satu kenyataan yang membuatkan ramai semakin tidak sabar menantikan PlayStation Showcase 2021 yang bakal berlangsung minggu hadapan.

Perkara ini dinyatakan Jaffe dalam satu sesi streaming, lapor VGC. Beliau berkata bahawa para peminat yang mencari “game tradisional, pihak pertama PlayStation”, tidak akan dikecewakan.

Jaffe turut mengacah para peminat dengan mengatakan yang beberapa studio bawah PlayStation Studios akan memperlihatkan sesuatu dengan “sangat cemerlang” semasa acara PlayStation pada minggu hadapan itu.

Kemudian, dalam satu tweet berasingan pula, Jaffe memberitahu bahawa beliau baru sahaja mendapat tahu tentang satu game PlayStation akan datang ini. Untuk game ini secara spesifiknya, beliau tidak tahu sama ada ia akan diumumkan pada acara minggu hadapan ataupun tidak, namun katanya, apabila ia didedahkan nanti, para peminat akan “hilang akal” — menandakan betapa gembiranya para peminat tegar PlayStation apabila mendengar berita itu kelak.

Harap-harapnya, kata-kata Jaffe ini bukanlah indah khabar daripada rupa. Sama-samalah kita nantikan.

PlayStation Showcase 2021 akan berlangsung pada 4 pagi, 10 September 2021 (waktu Malaysia). Boleh ditonton di Youtube dan Twitch rasmi PlayStation.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Selepas Dikecam, Sony Beri Naik Taraf Percuma PS4/PS5 Untuk Semua Edisi Horizon Forbidden West

Saksikan 19 Minit Gameplay Perlawanan Penuh FIFA 22 Yang Pertama Oleh 2 Pemain Terbaik Dunia