in , ,

Pencipta Fallout New Vegas Pernah Mempunyai Satu Game RPG Untuk Xbox One, Tetapi Dibatalkan Microsoft

Jika korang menghargai genre RPG, korang tidak akan ragu-ragu dengan syarikat Obsidian Entertainment. Developer yang berpangkalan di California itu bertanggungjawab dalam tajuk-tajuk klasik RPG seperti Neverwinter Nights 2, Star Wars: Knights of the Old Republic II dan Fallout: New Vegas. Nampaknya, mereka pernah berniat untuk membuat game eksklusif untuk Xbox One.

Game Xbox One yang akan dipenuhi dengan persoalan itu mempunyai elemen RPG secara keseluruhannya yang dipanggil sebagai Stormwinds. Tapi malangnya, Microsoft memilih untuk membatalkannya, CEO Obsidian, Urquhart menjelaskan mengapa game itu dibatalkan.

“Ia bergantung kepada bajet dan ia menang di pihak Microsoft. Perlu ada seseorang yang mempunyai sikap dan keupayaan sebegitu untuk mempertahankan permainan video itu. Kenapa Stormwinds dibatalkan? Stormwinds dibatalkan kerana kami tidak ada seorang peguam bela.”

Ia agak membingungkan kerana studio yang mempunyai sebahagian besarnya bersih seperti Obsidian tidak dapat mencari penguam bela dalam Microsoft. Tetapi, kemudian penerbit telah mendapat reputasi untuk membatalkan game itu daripada developer terkenal zaman ini.

Tahun lepas, Microsoft menutup Lionhead Studio dan membatalkan pembangunan game Fable Legends dan tahun ini membatalkan game RPG Scalebound dari PlatinumGames. Mesti ada seseorang yang bertanggungjawab di Microsoft yang ada fobia terhadap RPG.

Mujurlah, Obsidian berjaya menstabilkan kekuatan mereka selepas pembatalan Stormwinds dengan meminta kepada peminat di Kickstarter, menyebabkan lahirnya game terkenal seperti  Pillars of Eternity dan Tyranny. 

Xbox One, sementara itu, masih tidak mempunyai game RPG eksklusif yang baik. Anda terlepas peluang baik anda, Microsoft.

Sumber: wwg

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Rainbow Six Siege: Saksikan Trailer Rasmi Operation Velvet Shell, Mira Dan Jackal Mula Beraksi

Rainbow Six Siege Tidak Akan Ditambah Dengan Game Mode Baru, Sasarkan 50-100 Operators