Battle royale dalam game-game shooter itu biasa. Battle royale dalam game Tetris itu luar biasa. Nak tahu apa yang lebih luar biasa? Apa akan jadi kalau francais Dark Souls juga mahu keluarkan mode battle royale?

Dalam temu ramah bersama The Telegraph, pencipta Dark Souls dan presiden From Software, Hidetaka Miyazaki berkata yang beliau berminat untuk mencipta sebuah game yang bergenre battle royale dan game yang sentiasa mendapat kemaskini (live service) seakan Destiny dan Anthem.

“Akan sentiasa ada kemungkinan.. game seperti ini adalah menyeronokkan,” kata Miyazaki. “Dan kami tertarik dengan cara mereka bawakannya. Kalau kami lakukannya, ia mungkin adalah sedikit berbeza! Tapi kami sememangnya berminat dan semestinya ada kemungkinan untuk itu pada masa akan datang. Kami berminat untuk mencubanya suatu hari nanti.”

Walau bagaimanapun, peminat game-game single-player janganlah risau. Game-game single-player masih lagi menjadi pilihan utama mereka.

“Game aksi single-player tidaklah terlalu asing pada waktu ini. Walaupun Devil May Cry 5 mempunyai elemen online-nya, ia dilancarkan pada dua minggu sebelum game kami.”

“Kita perlukan kepelbagaian dalam industri ini. Berbanding apa yang From Software lakukan, kita juga perlukan orang lain membikin game battle royale dan live service dan kita juga perlukan orang yang membangunkan pengalaman yang memfokuskan kepada single-player. Kami rasakan yang kepelbagaian inilah yang membuat kita semua bergerak.”

JomBaca: Dark Souls III: Boleh Beli or Boleh Blah!?

JomKomen!