Lagu “Toss a coin to your Witcher” boleh dikatakan sebagai antara elemen yang paling banyak diperkatakan oleh peminat tentang siri tv The Witcher yang sedang ditayangka di Netflix. Beberapa hari lalu kita dah dapat lagu ini dalam game Beat Saber.
Kini, lagu yang sedang cukup popular itu telah dimasukkan oleh modder ke dalam game pertama The Witcher yang dibangunkan CD Projekt Red.
Dalam versi asal, ia merupakan cutscene satu persembahan Dandelion di The New Narakort Inn. Tapi, dalam mod ini, persembahan itu telah digantikan dengan lagu “Toss a coin to your Witcher” dari siri Netflix.
Korang boleh dengarkannya sendiri di bawah:
Kalau korang ada game pertama The Witcher ini, dan mahu dapatkan mod ini, korang boleh muat-turun melalui pautan di sini.
Comments
Loading…