in , ,

Peminat Sedang Berteori Konspirasi Yang Para Penyampai Acara Pertama PS5 Adalah CGI

Masih lagi terngiang-ngiang dengan acara pertama PS5 yang berlangsung beberapa hari lalu? Mungkin korang sebenarnya terlepas satu butiran ini yang ditampilkan dalam acara digital tersebut.

Kalau korang perasan, awal acara itu dimulakan dengan kenyataan, “All game footage you are about to see from this point forward in the show has been captured from PlayStation 5 systems (Semua paparan game yang kamu akan lihat dari detik ini ke hadapan dalam rancangan ini telah dirakam dari sistem PlayStation 5).”

Walaupun Sony jelas mengatakan “paparan game”, tetapi ada peminat yang berteori bahawa “semuanya” dari acara ini dirakam dari PS5 — sehingga semua penyampai yang memberikan sedikit ucapan sebelum sesetengah game dipaparkan juga adalah CGI dari PS5.

Mereke percaya bahawa penyampai-penyampai ini kelihatan ada yang tidak kena, seperti pergerakan tubuh badan mereka nampak sangat tepat, wajah kelihatan aneh, dan pencahayaannya agak berbeza sehingga semua penyampai ini nampak terlalu bersinar. Maka, mereka mula berteori yang penyampai adalah CGI.

Cuba korang tonton semula acara ini di bawah. Pandangan sudah mula berubah?

Apa pun teori para peminat ini, hanya Sony yang ada jawapannya. Buat masa ini, Sony masih membisu. Mungkin tidak mahu melayan teori liar ini?

Terima kasih, Polygon.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ghostrunner: Game First-Person Yang Akan Buat Korang Terasa Seperti Seorang Ninja

Saksikan Gameplay Terbaru No Straight Roads, Bersama Penerangan Wan Hazmer, Karakter Jahat Ikan Duyung Didedahkan