Di mana dia skin Bangalore saya? Skin Bangalore saya ada di dalam lootbox… Siapa main Bangalore dalam Apex Legends?

Bangalore adalah antara legend yang original sejak Apex Legends dilancarkan. Setelah memasuki Season 3, Bangalore MASIH lagi tidak mempunyai skin Legendary yang menunjukkan dia sebagai Legend Bangalore.

Bangalore adalah “Professional Soldier” yang dilahirkan dalam keluarga yang berketurunan askar. Tetapi Respawn telah membuat skin Bangalore seperti askar tipikal.

Bagaimanapun, sejak event Fight or Fright dilancarkan, skin Bangalore telah pun nampak begitu exotic seperti di bawah;

Sumber: Gambar darpada Dexerto
Walaubagaimanapun, skin yang ini tetap memerlukan pemain menyertai event Fight or Fright untuk mendapatkannya. Players yang menggunakan Bangalore sebagai Legend utama mereka mengharapkan Respawn mengeluarkan skin cosmetic yang lebih baik daripada yang sedia ada sekarang.
Respawn akan cuba untuk merekbentuk skin Bangalore yang baru tetapi pada masa ini, “fan art” di bawah ini sahaja yang menunjukkan bagaimana skin Bangalore perlu direka untuk menunjukkan Bangalore sebagai seorang tentera yang betul-betul Legendary.
Sumber: Reddit

Selepas event yang berlangsung, kemungkinan besar akan ada mid-season event sebelum Respawn melancarkan Season 4 dan kitorang berharap Respawn akan mengeluarkan skin cosmetic yang baru buat khas untuk Bangalore.

Harap-harap designer Respawn tak malas nak design cun-cun untuk skin lain yang akan datang.

JomKomen!