in ,

Peminat PlayStation Nobatkan The Last of Us Sebagai Game Terbaik Dalam Dekad Sebelum Ini

Sebelum berakhirnya tahun lalu, PlayStation Blog ada membuat undian — apakah game terbaik yang dilancarkan sepanjang dekad itu, diundi oleh para peminat PlayStation.

Terkini, keputusan undian tersebut telahpun dikeluarkan, dan seperti dijangka, game yang dibangunkan Naughty Dog, The Last of Us bertakhta di nombor satu dalam hati para pemain PlayStation — mengumpulkan 11 peratus daripada keseluruhan undian.

Menyajikan sebuah jalan cerita yang penuh emosi, hubungan dua karakter utama, Joel dan Ellie, yang penuh dinamik — semestinya tidak mengejutkan ia mampu berbekas dalam hati para pemain sepanjang dekad lalu. Apatah lagi, bahagian multiplayer-nya juga cukup seronok untuk dimainkan.

Melalui undian ini, game-game lain yang mengikuti rapat The Last of Us juga hebat-hebat belaka. Di tangga kedua kita ada God of War, diikuti oleh The Witcher: Wild Hunt, Grand Theft Auto V dan Red Dead Redemption 2 yang melengkapkan kedudukan lima terbaik.

Berikut ialah senarai penuh 20 game terbaik sepanjang dekad lalu yang diundi peminat PlayStation:

  1. The Last of Us
  2. God of War
  3. The Witcher 3: Wild Hunt
  4. Grand Theft Auto V
  5. Red Dead Redemption 2
  6. The Elder Scrolls V: Skyrim
  7. Horizon Zero Dawn
  8. Bloodborne
  9. Uncharted 4: A Thief’s End
  10. Marvel’s Spider-Man
  11. Persona 5
  12. Dark Souls
  13. Call of Duty: Black Ops II
  14. NieR: Automata
  15. Death Stranding
  16. Red Dead Redemption
  17. Mass Effect 2
  18. Fortnite
  19. Batman: Arkham City
  20. Resident Evil 2

Setuju dengan ranking ini? Apa korang punya game terbaik sepanjang dekad lalu?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Game Baru Star Wars Pada 2021 Dilaporkan Akan Menjadi Permulaan Kepada Saga Filem Yang Baru

Game Baru Star Wars Pada 2021 Dilaporkan Akan Menjadi Permulaan Kepada Saga Filem Yang Baru

Assassin’s Creed Ragnarok Dilaporkan Ada Co-Op, Dilancarkan Di Generasi Konsol Baru Dan Lama