in , , ,

Peminat Mempertikaikan Kenapa Mbappe Ada Dalam FIFA 21 TOTY – Sebab Bintang Muka Depan?

EA Sports baru sahaja mengumumkan senarai pemain Team Of The Year (TOTY) untuk mode Ultimate Team (FUT) dalam FIFA 21.

Buat pertama kalinya dalam sejarah FUT sejak pertama kali diperkenalkan dalam FIFA 09, Lionel Messi tiada dalam TOTY. Lebih membingungkan ramai apabila tempat pemain legenda itu diganti oleh Kylian Mbappe.

Tidak dinafikan bahawa Mbappe sememangnya salah seorang penyerang yang menyerlah sepanjang 2020, namun ramai merasakan yang prestasi beliau tidak cukup untuk diletakkan sebaris Cristiano Ronaldo dan Robert Lewandowski sebagai tiga serangkai di hadapan.

Walaupun Messi sudah tidak lagi berada di puncak prestasinya, tetapi ia masih lagi mempamerkan aksi yang berbisa pada tahun lalu. Messi dalam La Liga musim 2019/2020 menjaringkan 25 gol dan 21 assist , manakala Mbappe hanya menjaringkan 18 gol dan 5 assist.

Spekulasi hangat yang diperkatakan ramai adalah tindakan EA Sports memasukkan Mbappe, bukannya Messi, disebabkan Mbappe merupakan bintang muka hadapan untuk FIFA 21. Maka, ia seperti ‘wajib’ untuk menampilkan bintang muka hadapan game itu sendiri dalam TOTY.

Berikut ialah senarai penuh 11 pemain untuk FIFA 21 TOTY:

GK: Manuel Neuer (FC Bayern)
RB: Trent Alexander-Arnold (Liverpool)
CB: Virgil van Dijk (Liverpool)
CB: Sergio Ramos (Real Madrid)
LB: Alphonso Davies (FC Bayern)
CM: Joshua Kimmich (FC Bayern)
CM: Kevin de Bruyne (Manchester City)
CM: Bruno Fernandes (Manchester United)
RW: Kylian Mbappe (Paris SG)
LW: Cristiano Ronaldo (Piemonte Calcio)
ST: Robert Lewandowski (FC Bayern)

Apa pandangan korang? Adakah Mbappe lebih layak untuk berada dalam TOTY berbanding Messi?

Sekiranya tidak, mungkinkah ada campur tangan yang tidak baik daripada EA Sports?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Gabe Newell: "Xbox Series X Lebih Bagus Daripada PlayStation 5"

Gabe Newell Sahkan Yang Valve Sedang Membangunkan Beberapa Game

Open World Dalam Cyberpunk 2077 Akan Lebih Kecil Berbanding The Witcher 3, Tapi Lebih Padat

Cyberpunk 2077 Kini Merupakan Game Digital Terlaris Dalam Sejarah Gaming