in , , ,

Peminat Membina Diorama LEGO Menakjubkan Diinspirasikan Oleh The Last Of Us

Seorang peminat The Last of Us dan juga peminat LEGO, Tim Schwalfenberg membina diorama LEGO dengan menggunakan kira-kira 20,000 batu bata LEGO.

The Last of Us: Streetview

Menurut Tim, dia mengambil masa selama sebulan untuk membina diorama ini. Berkeluasan 100cm x 60 cm, ianya merupakan diorama terbesar pernah dibina oleh beliau.

Tim bukan sahaja berjaya menangkap landskap dan atmosfera post-apocalyptic The Last of Us malah dia membina setiap diorama LEGO ini dengan meletakkan setiap perincian halus seperti apa yang anda nampak semasa bermain game ini.

The Last of Us ialah game berkisarkan seorang anti-hero, Joel merentas Amerika Syarikat bersama seorang gadis, Ellie pada zaman post-apocalyptic apabila sejenis kulat menukarkan manusia menjadi raksasa ala-ala zombie.

The Last of Us: Interior 1

The Last of Us: Interior 3

Untuk melihat diorama LEGO The Last of Us ini secara lebih dekat, layari laman Flickr Tim Schwalfenberg.

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Falsafah Dan Pegangan Shigeru Miyamoto Dalam Mereka Bentuk Video Game

Final Fantasy XV: Mari Berpesta Bersama Moogle & Chocobo 24 Januari Ini!