in , , , ,

Peminat Mahu Epic Games Jual Paragon Kepada Pembangun Lain

Epic Games telahpun memutuskan untuk menutup game MOBA third-person Paragon, semestinya berita yang menyedihkan buat komuniti tersebut. Kini, mereka cuba untuk menyelamatkan game itu.

Ia nampak seperti ada harapan apabila komen yang dikeluarkan oleh Epic beberapa minggu yang lalu yang mengatakan “mereka akan mencari jalan macam mana mereka boleh mempertingkatkan lagi game Paragon ke tahap yang lebih berjaya”. Tapi malangnya, Epic pula mengumumkan berita tentang penutupan Paragon.

Sementara komuniti menjangkakan perkara seperti ini akan berlaku berdasarkan kepada kenyataan minggu lepas, walau bagaimanapun, berita semalam sangat mengejutkan dan pembangun-pembangun serta pencipta subreddit yang lain menghantarkan rasa simpati mereka di Reddit Paragon.

Komuniti game itu juga telah mencipta thread yang dipanggil “Tolong Jual Paragon kepada pembangun lain” di halaman hadapan Reddit Paragon.

Walaupun terdapat beberapa kekurangan, terdapat beberapa aspek yang menjadikan game Paragon sebuah game yang baik. Terdapat beberapa masalah asas yang mana Epic tidak pernah tangani, seperti matchmaking yang bagus, yang mana menurunkan jumlah pemain.

Itu baru satu masalah, tapi yang lain-lain pula seperti sistem kad yang mana menundakan sesetengah pemain, map pula perlu diubahsuai dan dihasilkan semula, tutorial dan banyak lagi elemen yang mana telah dibincangkan oleh komuniti dan dijelaskan kepada Epic.

Terdapat satu twist yang agak janggal dalam berita hari ini di laman web Paragon China. Game itu dilihat mungkin hidup di negara China di bawah naungan syarikat Tencent yang mana memiliki 48% saham Epic. Ia tidak pasti pada masa ini sama ada versi China untuk game ini juga akan ditutup, tapi melihat kepada post baru yang dikeluarkan semalam, mereka bercakap mengenai percubaan beta untuk bulan Februari di China.

Sesetengah pemain Barat juga bercakap tentang ingin bermain versi China jika ia masih terus aktif (ada video tentang bagaimana ia boleh dilakukan). Buat masa sekarang, tiada siapa tahu jika versi China juga akan ditarik.

Komuniti itu juga telah menghantar satu petisyen untuk menyelamatkan game Paragon yang menggalakkan komuniti Paragon untuk menyokong petisyen itu.

Satu thread juga muncul di channel Reddit semalam dari sebuah pasukan pembangun yang tidak diketahui yang mengumumkan bahawa mereka sedang menghasilkan sebuah Project Paramount “Paragon 2.0” yang mana mereka mengatakan yang ianya dihasilkan selama beberapa bulan. Mereka memanggilnya replika Paragon yang mana akan didorong oleh komuniti. Buat masa sekarang, mereka tidak berkongsi apa-apa maklumat yang lebih mendalam. Mereka mendakwa sesi percubaan untuk bermain akan diadakan pada lewat tahun 2018.

Tiada siapa tahu jika Paragon boleh diselamatkan atau tidak. Epic nampaknya sudah tidak mahu melihat Paragon lagi dan penyelesaian yang terbaik adalah untuk mencari pembangun lain untuk mengambil alih Paragon. Dan jika versi China masih lagi hidup, mungkin ada sedikit peluang untuk ia diberikan kepada pembangun lain.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game Avengers Mendapat Pembangun-Pembangun Veteran Dari Naughty Dog, EA, Monolith Dan Banyak Lagi

Khabar Angin Melaporkan Microsoft Kini Sedang Cuba Untuk Mengambil-Alih EA, Valve Dan PUBG Corp