Kita pastinya masih tak boleh move on dengan satu momen ini di E3 2019 — iaitu apabila Keanu Reeves muncul secara mengejut di pentas Xbox, mengumumkan yang beliau akan tampil ke dalam game Cyberpunk 2077.

Terkini, ada satu petisyen di Change.org yang dibuat oleh peminat. Petisyen ini meminta untuk CD Projekt RED menambah Trophy/Achievement yang tertulis “You’re Breathtaking” ke dalam game Cyberpunk 2077. Trophy/Achievement dicadangkan ini sebagai pencapaian yang diterima apabila mendapatkan kesemua Trophy/Achievement lain (100% completion).

Semasa artikel ini ditulis, sudah lebih daripada 22,000 yang menandatanganinya, semestinya sesuatu yang mudah untuk mencapai bilangan tandatangan yang disasarkan, iaitu sebanyak 25,000.

Jadi, kepada korang berkongsi impian yang sama, bolehlah tandatangan petisyen tersebut di sini.

Keanu Reeves akan memegang watak yang bernama Johnny Silverhand, dan bertindak sebagai antara kunci utama dalam penceritaannya nanti. Silverhand akan tampil dalam bentuk hologram dalam minda karakter utama yang pemain akan mainkan.

Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 16 April 2020 untuk PC, PS4 dan Xbox One.

JomKomen!