in , , ,

“Peminat Lebih Banyak Mempromosikan Rocket League Berbanding Kami” – Psyonix

Mengapa Rocket League menjadi sebuah game yang sangat meletop? Pihak Psyonix jawab persoalan ini!

rocket league

Dalam satu temu ramah yang dilakukan Eurogamer bersama Pengarah Reka Bentuk Psyonix, Core Davis di GDC, mereka telah membincangkan apakah yang menjadi faktor kepada game ini menjadi sangat popular. Jika dibandingkan dengan pendahulu (predecessor) Rocket League, iaitu Supersonic Acrobatic Rocket-Powered Battle-Cars (SARPBC), populariti kedua-dua game ini umpama langit dan bumi.

SARPBC? Mungkin ramai yang tidak pernah dengar pun mengenai tajuk game ini. Ya, ia adalah pendahulu kepada Rocket League, sebuah game yang hanya dikeluarkan di platform PlayStation 3. Apabila mengulas mengenai tajuk game ini, Davis berkata ia adalah nama game yang paling teruk dalam sejarah.

Kata Davis lagi, “Rocket League dan SARPBC secara asasnya adalah sebuah game yang sama. Walaupun dari segi teknikal, SARPBC tidaklah sehebat Rocket League, namun ia datang daripada DNA yang sama. SARPBC mendapat 67 markah di Metacritic, dan menjadikan ia di kedudukan 92 untuk game PS3 bagi tahun tersebut (2008) di laman web itu.”

rocket-league- snow-day-1

Jadi, apa yang membezakan SARPBC dan Rocket League sehingga jurang populariti mereka sangat jauh?

Apabila mula membangunkan Rocket League, Davis seperti ragu-ragu sama ada game ini mampu untuk menampung kos pengendalian server ataupun tidak. Dan apabila menjadi satu hit yang sangat meletop, ia seperti pucuk dicita ulam mendatang.

Davis berkata, online streaming dan gaming channel, seperti Twitch dan Youtube memainkan perasan amat penting dalam “mempromosikan” game ini – platform yang sungguh berpengaruh. Beliau menambah, mereka langsung tidak melakukan promosi tradisional, sebaliknya bergantung kepada platform promosi yang terbaru ini.

“Reddit juga adalah sangat, sangat penting buat kami”, tambah Davis lagi. “Kami rasakan bahawa apabila subreddit PS4 mula memainkan GIF-GIF ketika versi beta game ini, ia seperti satu letupan telah terjadi.”

rocket league

Anda boleh baca temu bual panjang lebar Core Davis bersama Eurogamer ini di sini.

JomBaca: Rocket League: DLC Tema Bola Keranjang Akan Hadir Pada April!.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Dark Souls III: Rekod Dunia Dicapai! Selesai Bawah 2 Jam!

Bila Abah Review PS+: Galak-Z