Buka sahaja media sosial pada hari ini, timeline kita pasti penuh dengan perbualan tentang video yang dikongsikan Henry Cavill di Instagram-nya.
Video berdurasi 5 minit 26 saat itu memperlihatkan beliau dengan kasualnya di rumah sedang bergelut untuk memasang PC gaming melalui barangan-barangan yang baru dibelinya. Peminat setianya menjadi cukup teruja apabila menonton video pelakon kegemaran ramai itu, apatah lagi Cavill siap memasukkan muzik-muzik seksi ke dalam video ini.
Jom layan:
Henry Cavill sememangnya diketahui umum sebagai seorang gamer PC tegar. Beliau pernah ditanyakan sama ada lebih gemar bermain di PS4 atau Xbox, beliau menjawab “PC”.
Mungkin selepas ini kita akan melihat beliau mula mengadakan sesi livestream pula? Tidak mustahil.
Selepas mempersembahkan lakonan yang begitu mantap dalam The Witcher untuk Netflix, pastinya kita mahu melihat beliau bermain sendiri The Witcher 3 yang dibangunkan CD Projekt Red.
Comments
Loading…