in , , , ,

Peminat Bengang EA Iklankan FIFA Points Dalam Majalah Kanak-Kanak Kerana Perkaitannya Dengan Judi

Kemarahan para peminat terhadap Electronic Arts (EA) semakin membara apabila mereka menemui syarikat gaming gergasi itu mempromosikan FIFA Points dalam sebuah majalah mainan di United Kingdom (UK), yang tentunya dibaca ramai kanak-kanak.

Bagi yang tidak faham, FIFA Points merupakan matawang dalam siri game FIFA yang dibeli menggunakan wang sebenar untuk mendapatkan FUT Pack dalam mode Ultimate Team. FUT Pack ini akan dibuka dan di dalamnya akan tersedia beberapa pilihan pemain secara rawak. Lebih banyak wang dibelanjakan, lebih tinggi kebarangkalian untuk mendapatkan pemain yang bagus.

Disebabkan unsur rawak ini, pelbagai pihak telah sekian lama menyamakan pembelian FUT Pack ini dengan perjudian. Mempromosikan sesuatu yang dikaitkan dengan perjudian dalam majalah kanak-kanak, tentunya membangkitkan kemarahan ramai.

Berikut adalah beberapa luahan para peminat menyatakan kekecewaan mereka terhadap EA:

Pada Januari 2019, EA telahpun membuang FIFA Points dalam FIFA 19 di negara Belgium selepas mendapat tekanan daripada kerjaan negara tersebut. Walau bagaimanapun, penjualan FIFA Points ini masih lagi berleluasa di negara-negara lain termasuk Malaysia.

Untuk FIFA 21 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, beberapa pemain profesional FIFA telahpun memulakan kempen memboikot untuk pembelian FIFA Points, antaranya Tim “Tim Latka” Schwartmann yang bermain untuk pasukan esports FC Schalke 04. Kata beliau, wang tidak sepatutnya mendefinisikan kemahiran bermain game.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Selepas 11 Tahun, Facebook Akan Menamatkan Farmville Hujung Tahun Ini

Selepas 11 Tahun, Farmville Akan Menamatkan Riwayatnya Di Facebook Hujung Tahun ini

The Witcher: Monster Slayer Kini Boleh Dimainkan Di Malaysia Untuk iOS

The Witcher: Monster Slayer Kini Boleh Dimainkan Di Malaysia Untuk iOS