Siri TV The Last of Us yang bakal diterbitkan HBO kelak akan mempunyai satu momen yang sangat mengejutkan yang sebenarnya telah dibuang dari game pertamanya.
Itu kata penulis-bersama, Craig Mazin ketika bercakap kepada Must Watch, podcast terbitan BBC. “Mulut ternganga — itu yang akan berlaku,” kata beliau. “Pasti, kami perlu lakukan itu. Kamu tidak dapat halang saya daripada melakukan itu.”
“Kalau kamu telah mainkan game itu, hasrat kami adalah kamu akan tonton siri itu dan kata ‘tiada apa yang berbeza terhadap apa yang saya sayangkan tentang game ini, dan apa yang telah saya lihat dalam game, tapi ia juga membawa sesuatu yang lebih banyak — perkara-perkara yang saya tidak tahu, sesuatu yang mengagumkan'”.
Mazin merupakan insan yang bertanggungjawab menulis dan menerbitkan siri TV Chernobyl di HBO yang mendapat pujian ramai. Untuk siri The Last of Us ini, Mazin akan menulis jalan ceritanya bersama-sama dengan orang kuat dari Naughty Dog sendiri, Neil Druckmann.
Pada ketika ini, tidak banyak yang kita ketahui tentang siri adaptasi dari video game ini. Apa yang kita tahu ialah ia akan menggunakan susur masa semasa game pertama The Last of Us. Masih belum ada butiran tentang para pelakon, serta tarikh keluarnya siri ini juga belum didedahkan.
Comments
Loading…