Bayar jangan tak bayar!
Pemilik kepada Riot Games, Tencent Holdings telah berjaya menyaman pembangun Mobile Legends, Shanghai Moonton Technology Co.. Menurut laporan Dot Esports, yang diperoleh daripada beberapa sumber, Moonton telahpun membayar saman tersebut kepada Tencent, iaitu bernilai 19.4 juta Yuan China, iaitu kira-kira RM11.77 juta.
Pembangun League of Legends itu telah menyaman Moonton pada tahun lalu, namun ia tidak berjaya. Kemudian, mereka telah berjaya memenangi kes ini melalui satu kes saman yang baru.
Pada mulanya, Moonton dikatakan hanya perlu membayar Tencent sebanyak 2.6 juta Yuan China, tetapi mahkamah (Shanghai No. 1 Intermediate People’s Court) telah menyatakan yang peruntukan yang dibuat itu adalah salah.
Kalau korang nak tahu apakah poin-poin yang dikeluarkan Riot Games sebagai bukti untuk menyaman Mobile Legends dalam kes pada tahun lalu, korang boleh bacanya di sini.
Comments
Loading…