Masih ada peluang!
Tahun ini, Kuala Lumpur bakal menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Akhir PES Asia Tenggara 2018 (PES SEA Finals). Ia bakal berlangsung pada 19 Ogos 2018 — mengumpulkan 24 pemain terbaik rantau ini dari enam buah negara — iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Singapura dan Myanmar.
Bagaimana setiap negara untuk memilih dan menghantar empat pemain mereka, itu adalah perancangan masing-masing. Untuk Malaysia, ia dikendalikan oleh PES Malaysia.
Tiga pemain wakil negara Malaysia akan dipilih daripada tiga pemain teratas dalam ranking di laman web rasmi PES Malaysia. Ranking ini adalah hasil daripada sekian banyak kejohanan offline (PS4) yang telah berlangsung selama setahun yang lalu, atau dengan lebih spesifiknya dalam musim 2017/2018.
Semasa artikel ini ditulis, tiga pemain yang sedang mendahului di tanggan teratas ialah Muhamad Khairul bin Abdul Aziz (AG_KERON), Karl Iskandar (ROKU_KARL) dan Noramin bin Mohd Nor (ROKU_Chenko). Kedudukan ini mungkin boleh berubah kerana kejohanan PES tempatan terakhir yang boleh memberi kesan kepada mata ranking ini akan diadakan pada 4 Ogos ini di Sungai Petani, Kedah.
Jadi, bagaimana pula pemain ke-4 wakil negara akan dipilih untuk ke PES SEA Finals 2018? Pemain ini akan dipilih melalui satu kejohanan ‘wild card’ yang akan berlangsung sehari sebelum PES SEA Finals 2018.
Lebih menarik, bukan setakat menjadi pemain ke-4 wakil negara, kejohanan ‘wild card’ ini juga akan menjanjikan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak RM4,000! Di bawah adalah butiran yang korang perlu tahu tentang kejohanan ‘wild card’ ini:
- Nama Kejohanan: Malaysian Wild Card Tournament
- Tarikh: 18 Ogos 2018 (Sabtu)
- Venue: Quill City Mall, Kuala Lumpur.
- Yuran Pendaftaran: RM30
- Hadiah Kemenangan:
– Juara: RM1,200
– Naib Juara: RM900
– Tempat Ketiga: RM600
– Tempat Keempat: RM300
– Tempat Ke-5 hingga Ke-8: RM250 setiap seorang
Info lanjut korang boleh dapatkan di sini, atau boleh terus daftar di sini.
PES SEA Finals merupakan kejohanan yang diadakan oleh komuniti PES dari beberapa negara rantau ini pada setiap tahun sejak 2016 di Hanoi, Vietnam. Tahun lalu, Bandung, Indonesia menjadi tempat perseteruan pemain-pemain PES terbaik Asia Tenggara ini. Dan tahun ini, giliran Kuala Lumpur pula.

PES SEA Finals 2018 di Kuala Lumpur bakal menawarkan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak USD1,000.
PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019
Deposit RM50 SAHAJA
FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)
Comments
Loading…