Peminat esports mana yang mampu melupakan detik manis dan bersejarah di temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.
Buat julung kalinya esports dipertandingkan di temasya Sukan SEA, Yew Weng Kean telah menjadi atlet pertama negara yang memenangi pingat emas dalam acara esports, atau lebih tepat dalam game Hearthstone.
Terkini, kejayaan bermakna penolong profesor di Universiti Heriot-Watt yang menjadi kebanggaan tanah air itu telah tercatat dalam Malaysia Book of Records. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Malaysia Book of Records berkata, “seorang pemegang PhD. dalam Kejuruteraan Elektrikal, insan hebat ini adalah tokoh inspirasi kepada ramai rakyat Malaysia.”
“Menunjukkan kepada kita bahawa setiap insan yang meluangkan masa bermain game boleh berjaya dalam gaming, pendidikan dan kerjaya. Menjalani kehidupan yang seimbang adalah penting untuk mengecapi kejayaan.”
Malaysia Book of Records sejak belakangan ini nampaknya semakin rancak mencatatkan rekod-rekod tempatan yang berkaitan esports. Minggu lalu, badan itu telah mengumumkan Soloz sebagai atlet esports tempatan yang mengumpulkan paling ramai pengikut di Facebook.
Comments
Loading…