in , , , , ,

Pembeli Fallout 76 Collector’s Edition “Kena Kencing”, Ingatkan Dapat Beg Kain Kanvas, Rupanya Nilon

Kalau segala maklum balas negatif Fallout 76 yang timbul dalam game itu sendiri belum cukup untuk memburukkan keadaan, ini ada satu lagi kontroversi yang sedang panas.

Beberapa pengguna Reddit, antaranya u/AlexanderDLarge dan u/Fethennour, telah melaporkan bahawa sesuatu yang amat mengecewakan apabila mereka menerima edisi khas Fallout 76 berharga USD200 (~RM838), iaitu Fallout 76 Power Armor Edition.

Apa yang diiklankan dalam semua media dan platform ialah pembeli akan mendapat Steelcase eksklusif, 24 collectable Fallout figurines, Tricentennial Edition Bonus digital items, sekeping map yang bercahaya, T-51B Power Armor Helmet yang boleh disarungkan dan yang paling penting, Canvas West Tek Duffel Bag — sebuah beg yang kainnya dijahit seperti kanvas.

Walau bagaimanapun, apabila pembeli menerima pakej ini, beg tersebut hanyalah sebuah beg yang menggunakan kain nilon, bukan kain kanvas seperti yang dijanjikan.

Apabila pembeli tidak bernasib baik ini menghubungi Bethesda melalui emel untuk mendapatkan penjelasan, Bethesda menyatakan beberapa alasan yang tidak munasabah. Alasan yang diberikan adalah seperti “ketiadaan material yang mencukupi”, “beg yang ditunjukkan dalam media hanyalah prototaip dan terlalu mahal untuk dibuat,” serta “kami tidak merancang untuk melakukannya”.

Apa yang lebih memalukan ialah apabila info di laman web rasmi Bethesda Gear Store, mereka secara liciknya telah menukar kepada “Nylon Carrying Bag”.

Buat masa ini, Bethesda masih belum memberikan sebarang komen mengenai isu ini secara umum. Dengan isu ini semakin menjadi tular, kita mungkin ada mendapat penjelasan yang lebih tuntas daripada mereka dalam masa terdekat.

Ada pembaca JomGaming yang sama-sama membeli Fallout 76 Power Armor Edition ini? Kongsikan dengan kami apa yang korang dapat.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Red Dead Online: Progress Dalam Sesi Beta Mungkin Boleh Hilang Apabila Dilancarkan Sepenuhnya Nanti

Koleksi Game Segera PlayStation Plus Untuk Disember 2018